Tiramisu




Kek span vanilla size 9". Dipotong dua
2 biji kuning telur
50 gm gula
250 gm cheese cream philadelphia
1 1/4 sudu besar serbuk gelatin halal } campurkan, dan masak atas api
40 ml air } kecil hingga gelatin hancur
200 gm whipped cream (kalau guna kotak kecil 200 ml pun boleh gak)

Putar kuning telur dgn gula sehingga lembut. Campurkan cheese cream dan adun sebati. Masukkan gelatin tadi kedlm adunan dan adun hingga rata. Campurkan whipped cream dan pukul sebati. Masukkan sebahagian kek span kedasar loyang dan renjiskan separuh sirap kopi keatas kek dan tuangkan setengah adunan cheese keatas kek. Tutupkan adunan cheese tadi dengan sebahagian lagi kek span, renjiskan sirap kopi keatas kek dan habiskan sirap kopi tersebut. Tuangkan baki adunan cheese keatas kek dan ratakan. Simpan dlm peti sejuk hingga keras. Apabila kek dah keras bolehlah disapukan apricot glaze ke permukaan tiramisu. Atau pun kalau suka boleh di tabur serbuk koko di atas permukaan kek.


Bahan sirap kopi

150 ml air
80 gm gula
4 sudu besar serbuk kopi segera atau 1 1/2 sudu besar nescafe

Masak air dan gula sehingga didih. Campurkan kopi segera dan adun sehingga sebati dan sejukkan.


Sekiranya tak ada loyang spring foam, boleh juga menggunakan loyang biasa dgn melapik sekeliling dlm loyang dgn foil paper. bahagian atas foil paper tersebut perlu di lebihkan dari ketinggian loyang supaya apabila kek keras senang untuk menarik keluar kek dari loyang

vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

TIRAMISU

Bahan-bahan
1 biji kek span coklat [saiz kecil]
250 gm keju krim [Philapeldephia]
250 fresh cream atau whipping cream
1/2 cawan gula halus
1 cawan air nescafee
serbuk koko

Cara
1. Kek span coklat dipotong nipis 3 lapisan.
2. Letakan kek dalam bekas kaca.
3. Tuangkan 1/3 bahagian air nescafee atas kek.
4. Pukulkan keju, fresh /whipping crean dan gula sehingga gebu.
5. Tuangkan adunan keju serata kek.
6. Ulanglkan buat sehingga semua adunan habis.
7. Untuk lapisan keju yang akhir ayakkan serbuk koko diatasnya.
8. Sejukkan sejam atau lebih sebelum dihidangkan.

vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

TIRAMISU cwnblueberry

by hanieliza.tk
Bahan
1 biji swiss roll coklat
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt berperisa buah [ducth lady]
1/2 cawan gula
serbuk nescafe
filling blueberry [jika suka]

Cara
1. Swiss roll coklat dipotong nipis.
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Susunkan swiss roll dalam gelas atau mangkuk.
5. Lapiskan dengan adunan keju dan ayakkan serbuk nescafe.
6. Susunkan lagi kek dan lapiskan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe.
7. Ratakan filling blueberry jika suka.
8. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.


vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

TIRAMISU

Bahan
1 biji span kek coklat
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula
serbuk nescafe

Cara
1. Kek span dibelah 2 lapisan
2. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
3. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
4. Sapukan adunan dibahagian tengah lapisan kek.
5. Ayakkan serbuk nescafee sekeliling kek.
6. Susunkan lagi kek dan sapukankan dengan adunan keju. Ayakkan serbuk nescafe lagi.
7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

NOTA:
adunan ini memang agak moist dan lembut..
so kena makan secara scooping gitu..
tapi memang sedappp..