laksa sarawak


Bahan-bahan
1 paket(200g)Perencah Laksa 'hj manan'
1 paket mi hoon
500g udang
1/2 ketul dada ayam
300g taugey
250ml pati santan
garam & bahan perasa
1 ikat daun ketumbar
4 biji telur ayam
2 batang serai

penyediaan kuah mi laksa sarawak:

Kulit udang yg sudah dikupas direbus bersama serai ke dlm 
2 litar air selama 20 minit.Selepas itu toskan airnya dan
masukkan perencah laksa dan kacaukan menggunakan api yang
perlahan.Setelah itu,masukkan pati santan,garam,
dan bahan perasa.Tutup api apabila mendidih.

Penyediaan bahan-bahan:
Mihun dan tauge dicelur ke dalam air panas,isi udang
direbus/goreng sehingga masak.isi ayam direbus dicarik2 halus,telur
dipukul dan digoreng dadar dan kemudian dihiris halus.

Cara hidangan:
Masukkan mi ke dalam pinggan/mangkuk dan letakkan tauge,
telur,isi ayam,udang,daun ketumbar yg dihiris halus.
masukkan kuah mi tadi dan hidangkan panas.Untuk rasa yg enak,masukkn sambal belacan yg di tumbuk/blender bersama cili dengan perahan limau kasturi.
Bagi 1 paket 200g,anda boleh menyaji utk 6 orang tetamu.